Perkataan "maaf" amat penting bagi anak-anak? I SITI NURZUBAIDAH MF
Jika kita melakukan sesuatu kesalahan, adakah kita perasan yang secara tidak sengaja kita akan mengeluarkan perkataan maaf? kenapa ia terjadi? tahukah anda bahawa cara didikan kita semasa kecil memberi kesan kepada kita apabila dewasa?
Ya benar, ibu dan ayah anda mendidik anda menyatakan perkataan maaf apabila anda melakukan kesalahan. jika anda tidak menyatakan perkataan maaf, anda pasti akan rase bersalah juga tidak senang hati bukan?
begitu juga dengan anak kecil, bagaimana ingin anak kita selalu mengungkapkan perkataan maaf apabila dia melakukan kesalahan?
TIPS YANG INGIN SAYA KONGSIKAN PADA HARI INI:
1. kita sebagai ibubapa perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh dengan sering mengungkapkan perkataan maaf kepada anak kita jika kita tidak sengaja melakukan kesalahan. contoh: hari ini ibu berjanji akan mengambil anak tetapi ibu terpaksa bekerja lebih masa, jadi ibu haruslah menyatakan maaf pada anak sambil berkongsi kenapa ibu tidak dapat mengambil anak di sekolah pada hari ini.
2. Selain itu, tunjukkan contoh lain seperti membaca buku cerita berkaitan "maaf" dan menerangkan kepada anak pentingnya meminta maaf.
3. Menceritakan situasi yang berkaitan "maaf" dan menceritakan kepada anak apa kesan jika kita tidak mengungkapkan perkataan maaf jika kita bersalah. Contohnya, mungkin kita akan dibiarkan keseorangan tanpa kawan.
4. Sentiasa terapkan nilai murni dalam kehidupan seharian kita.
Mengikut ahli "psychologists" Annye Rothenberg, permulaan awal dalam mengungkap perkataan maaf adalah penting buat perkembangan anak yang positif, tidak kira anak anda ikhlas mengungkapkan nya atau tidak.. apa yang penting ialah ungkapan itu menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian nya. Apabila mereka telah terbiasa mengungkapkan perkataan "maaf", dia secara automatik akan menggunakan perkataan tersebut jika dia melakukan kesilapan.
moga tips saya hari ini memberi manfaat pada semua.
LOVE,
Teacher Siti nurzubaidah mf
Comments
Post a Comment