berfikir terlalu banyak 😝

semalam lawatan ke sekolah di Sarawak.. sekolah yang kecil hanya seluas dewan serbaguna orang ramai..

dewan yang kosong.. beralaskan tikar getah.. tak da almari lansung.. hanya ada buku yang di letakkan di bawah lantai..

saya mengeluh mengadu nasib pada kawan yang seangkatan dengan saya. yang saya di fahamkan beliau berkelayakan dari universiti luar negara..
dia menyatakan yang dia tak sanggup nak kerja di situ... dia akan pulang ke KL dengan segera..

saya melihat kawasan sekeliling.. mengenangkan nasib anak2 di situ jika saya juga membuat keputusan yang sama.. dalam fikiran mencari jawapan. perlukan aku tinggalkan tempat ini demi kepentingan diri..

setelah lama berfikir... aku mengambil keputusan untuk terus mengajar di situ.. ku lihat sekeliling dan mencari rumah untuk di sewa. rumah betul-betul berhadapan sekolah tersebut. 

tetibe guru besar memanggil kami makan di kantin belakang sekolah yang kecil dan di dirikan dengan tiang kayu. kami makan sambil berbual sedang saya berfikir dan terus berfikir.. saya ditugaskan mengajar subjek bahasa inggeris.. saya memikirkan cara penyampaian saya di dalam kelas itu nanti..

tetiba.. saya terbangun dari mimpi. adoiiiiii apelah punye mimpi.. punye lah banyak berfikir pasal kerja hingga mimpi sampai ke SarawakπŸ’πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Comments

Popular Posts