cabaran Qays ke sekolah di usia 2thn setengah
wooi memang mencabar minggu pertama Qays ke sekolah..
hari first masuk tanpa rase bersalah.. trus main dgn kawan2..balik tu nampak mcm nak nangis, muke mencebik..
hari kedua,. da start drama di pagi hari.. tapi Alhamdulillah masa balik nampak riang ria di tghari buta haha. mama ct tinggalkan qays dgn auntie kyra n pergi.
hari ketiga.. yarabbi mule lah drama pagi bermula lagi.. mama ct dpt teman main n siap teman makan pagi.. makan pagi terlalu awal buat qays jadi mungkin juga punca qays menangis, masih blm faham rutin di sekolah.. kwn2 pon lbh bsr dr qays so mama ct faham..
hari ke empat.. Alhamdulillah mama ct teman sekejap je. qays main animals pastu auntie kyra datang n main dgn qays. walaupon mama ct dgr qays nangis dgn kuat, mama ct tpaksa tabah tinggalkan qays untuk kebaikan qays. nnt kalo mama ct da start keje mcm mane kan.. so better qays rapat dgn auntie kyra dulu.. ☺️
ape yang merisaukan mama ct adalah
1. qays xnak makan kat school n hanya minum susu sbb masa makan di school n rumah jauh berbeza..
makan pg kat umah kol 10 tp kat school kol 9
makan tghari kat umah kol 1 tapi kat school kol 12
mandi kol 12.30 tp kat umah kol 2 baru mandi
tido kol 1 tapi kat umah kol 3 baru tido..
2. qays tak berak lansung kat sek
3. air tak minum tp minum susu da buat mama ct lega sikit
4. minggu dpn pon buat mama ct risau, 3 hari mama ct xde huhu sedih.. mcm mane lah qays nak hadapi bile mummy hantar nnt hahaha.. dpt bygkan dia punye jerit. kan mummy 😂
ape2 pon di harap kawan2 mendoakan qays dpt menerima sekolah dgn tenang. inshaallah.
tips dari teacher CT
1. bila anak menangis, jgn patah balik tgk anak menangis sbb ia akan efek pd emosi anak
2. pujuk anak dgn selalu remind pasal school best
3. reward anak lepas balik school "haa sbb hr ni qays bagus g school so mama ct bawak qays g playground"..
4. jgn mention pasal "kenape qays nangis nak g school??" elakkan mention pasal nangis. teruskan beri semangat "haa pandai kan qays berani g school, main dgn kawan2, makan dgn kawan2, seronok nyeee"...
5. remind nama guru yg sllu jaga dia "best nye auntie kyra jaga qays.. qays kene syg auntie kyra tau sbb auntie kura pon macam mama ct, sayang qays"..
6. teruskan menjadi ibu yang tabah hehe
7. beri masa pd anak... bila balik dr school happykan anak2.. luangkan masa bercerita, berkomunikasi, atau lakukan aktiviti yang menarik sama2. kerana mereka betul2 rindukan anda ☺️ qays siap peluk2 lagi bile nampak mummy, daddy, mama ct, mama syah, tok ma.. tok daddy je tak nampak haha
8. pastikan anak anda xde mimpi ngeri.. kalo ade, dia dalam keadaan benar2 ketakutan yg menjejaskan emosi dia.. jd refer pd yg pakar ttg cara2 untuk handle..
moga berjaya semua!! moga muhammad Qays Eusoff menjadi anak yang soleh. amin amin ya rabb..
Comments
Post a Comment