Allah tidak akan membiarkan hamba nye
Assalamu'alaikum...
Seronoknya berpagi pagi di hari Jumaat .....meruntun jiwa bila alunan As Sajadah dan di setengah rumah Allah Al Insan juga berkumandang... meresapi jiwa , terasa diri benar benar seorang hamba ..sedar,sedar,..terdetik di jiwa...
....."Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta.Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan.Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa.Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi ".....
Berderai lagi airmata ... merenung nasib apakah yang bakal menanti sewaktu di alam barzakh, alam akhirat, alam mashyar... meraung jiwa menoleh pada dosa dosa lalu yang tidak tahu adakah ada keampunanNya dan resah hati mengenangkan taubat yang tak pernah sudah..dosa tak pernah berhenti, dan itu belum di kira penyakit hati ..dosa di alam ghaib...."ampunkanlah kami ya Allah.. izinkan kami menghuni syurga Mu ya Allah, walaupun sesungguhnya kami tidak layak untuk syurgaMu namun kami tidak sanggup menanggung azab neraka Mu"..jangan berhenti berdoa wahai sahabat dan sahabiah sakalian...dan carilah saat saat makbul bersempena hari penghulu segala hari..
"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim berdiri berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengkabulkannya." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." (Muttafaq 'Alaih)
Dari ulamak.. saat yang dimaksudkan adalah selepas Asar hingga sebelum Maghrib dan dari ulamak juga ada yang berpendapat saat makbulnya doa itu ada di antara dua khutbah... ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua..
Pembayang bila masa mustajab doa telah pun diberitahu. Sekarang bergantung kepada kita sahaja untuk merebutnya. Jadi gunakanlah masa tersebut sebaik mungkin.
....Doa Agong Di Hari Jumaat...
"Tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar melainkan Engkau
wahai Dzat Yang Maha Penyayang,
wahai Dzat Yang Maha Pengurnia,
wahai Dzat Yang Maha Pencipta petala langit dan bumi tanpa contoh,
wahai Dzat Yang Maha MemiLiki Kebesaran dan KemuLiaan..."
Selepas itu mohonlah hajat yang baik2 terutama hajat yg berkaitan ukhrawi...
Jom sama-sama perbanyakkan berdoa di hari Jumaat, semoga bertemu satu saat yang hebat itu dan doa-doa kita di makbulkan Allah...jangan lupa berdoa agar hari di dunia fana ini, alam barzakh,alam akhirat dan padang masyhar ...kita terselamat dari sebarang fitnah...dan akhiranya, terus menuju syurga Allah...
Aamiin!!!
"ketakutan terus menghantui diri...."
wassalam
Comments
Post a Comment