tips gaji yang berkat
Tips untuk rezeki / gaji lebih berkat:
.
1. Dapat je gaji, terus hulur duit dekat mak ayah. Sikit pun takpe, JANJI BAGI. Mak ayah tu punca keberkatan. Lepas bagi duit kat parents, korang akan rasa perubahan dalam gaji. Tak percaya ? Cubalah.
2. Transfer duit ke akaun Tabung Haji tiap-tiap bulan. Daftar haji. Haji itu ibadah wajib apabila berkemampuan, kita ni lebih dari mampu sepatutnya sebab boleh berbelanja sehingga selalu beli barang yang tak perlu pun, berkereta lebih satu, berharta tanah dan rumah. Mulalah mengumpul dari usia muda, sekali seumur hidup tunaikan haji dan umrah. Jadikan ia salah satu matlamat.
3. Cuba untuk solat di awal waktu.
4. Jangan kedekut. Banyakkan bersedekah.
5. Kurangkan merungut. Banyakkan bersyukur.
6. Berhenti buat apa yg Allah larang. Banyakkan buat apa yg Allah suruh.
7. Didik diri untuk jadi manusia yg lebih sabar kerana orang yg sabar sentiasa menang.
Comments
Post a Comment