Pengalaman saya sendiri hadapi anak tantrums
1. Setiap perlakuan anak-anak di kawal oleh emosi anak itu sendiri. orang dewasa melakukan sesuatu mengikut emosi dan logik yang kita tahu.. tapi anak kecil tidak dapat mengawal emosi sebab mereka tidak dapat fikir secara logik.
contoh: hari tu anak kita tak nak makan, berapa kali kite cakap pon dia xnk dengar dan ikut. Peringkat emosi anak penting. bagaimana nak bantu anak dalam hadapi peringkat ni???
Cara kite bercakap... gunakan perkataan yang senang bagi anak faham dan gembira dengan segala arahan kita. Bila dia gembira, dia akan senang ikut apa arahan yang kite beri. tunjuk kan rase kasih kita pada anak. peluk lembut anak juga cuba untuk tenangkan anak. hembuskan "selawat" di umbun anak. bisik kat telinga anak dengan kata2 positif.
2. Jangan guna perkataan "JANGAN".. kite memang suka cakap "NO!No!NO!" kan? sebenarnye anak akan ambil perkataan yang belakang "Jangan berlari". nanti yang dia ambil adalah berlari.. orang tua2 selalu cakap "yang kite tak bagi, yang itu dia buat." ye betul. apa yang kite tak bagi, anak2 memang akan buat.
terapkan perkataan positif bagi anak : Amri jalan perlahan Amri..
3. Ada satu ketika bila anak tengah bermain air, kite sbgai ibubapa akan panggil anak tuk berhenti bermain.. apa yang anak kita buat? mengamuk? kan?
cara yang mudah saya praktikkan adalah, beri ingatan pada anak tersebut 5 minit sebelum masa habis. "Amri, masa bermain akan tamat dalam 5 minit yer Amri, lepas ni kita mandi, susu dan tidur yer Amri." ulang ia sekurang2 nya 3 kali dalam jarak 40saat mungkin. apa yang saya nak kata, pastikan anak anda alert yang masa dia bermain dah tamat sebelum masa itu tamat.
jangan sesekali rentap mainan dari anak atau tarik anak tanpa beri amaran awal.
4. cuba fahami anak tantrum. beri mereka masa dan ruang. kadang kala ketika tantrum anak hanya perlukan masa bersendirian.Tapi jangan tinggal anak terlalu lama. bila dah lihat anak reda dari tantrum, peluk anak dan cube dekati anak dgn alihkan perhatian pada benda yang dia minat.
5. cari kenapa anak tantrum.. jika dia perlukan tidur,,, bawa anak berehat dan tidur.. bagi anak kecil tantrum selalu nya kerana tak cukup tidur, lapar, pampers penuh, dan inginkan perhatian. cuba penuhi impian anak. beri pujian pada anak apabila mereka lakukan sesuatu yang baik. ia juga antara cara kite beritahu bahawa perhatian kite pada mereka sentiasa ada. Cakap dengan anak dgn cara lembut dan tenang. hindar diri dari tinggi kan suara pada anak.
Comments
Post a Comment