BERMAIN DI LUAR

hari ni nak cerita pasal bermain di luar.



Rase2 kat Malaysia ni boleh ke ibubapa lepaskan anak2 untuk outdoor play?
susahkan? kenapa?


saya ingat masa dulu2 seronok kite main masak2 kutip daun blakang umah, masuk longkang konon2 macam rumah, pergi padang kutip batu.... mak ayah tak kesah pon asal kan kite balik sebelum maghrib kan..



tapi kenapa sekarang kite punyai masalah lepaskan anak2 bermain di luar?

yer betul... kerana keselamatan.. banyak cerita sekarang ni. disebabkan keselamatan ini lah ibu bapa memang susah nak lepaskan anak2 main di luar. TAPI saya rasa ada cara nak hadapi keadaan ini.


Bagaimana ye?

haaaaa ibubapa lah main kat luar sekali dengan anak2.. kan boleh ikatkan jalinan hubungan kekeluargaan..



KENAPA PENTING NYA BERMAIN DI LUAR NI??

1. mendedahkan anak2 dengan persekitaran sebab anak2 kite ni penuh rase ingin tahu.

2. meningkatkan hubungan anak dengan ibubapa, persekitaran, kawan2 dan juga komuniti.

3. membentuk pertumbuhan fizikal anak2.. bile berada di luar anak2 lebih cenderung untuk berlari, melompat, dll..

4. mengajar anak tentang alam sekitar.



banyak lagi kepentingan nya.. saya teringat bile bawak anak2 murid saya bermain di luar.. mereka penuh rase ingin tahu bile nampak semut jalan berkumpulan... mereka akan ikut semut balik ke rumah. bile berada di luar saya lebih gemar biarkan anak2 sendiri lihat apa yang berlaku.
bila tiba di kelas saya akan perkembangkan pembelajaran tadi kepada aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan, art and craft dll..


SERONOK kan bermain di luar.. tapi mesti ingat... masa jerebu ni jangan bermain di luar.. jaga kesihatan dan minum banyak air.

JAGA DIRI semua.. sehingga berjumpa lagi.

Comments

Popular Posts